Monday 22 November 2010

Aidiladha 1431H di Surau Al-Hidayah

Sambutan Aidiladha di Kg Temin Hulu meriah dengan penyertaan semua penduduk beragama Islam yang menjayakannya pada tahun ini. Solat Hariraya AidiAdha yang diadakan di Surau Al-Hidayah dihadiri oleh ahli jamaah yang ramai di kalangan muslimin dan muslimat. Khutbah hariraya telah disampaikan oleh pengerusi surau iaitu Al-Fadhil Ustaz Zulhazmi bin Salleh. Beliau di dalam khutbahnya menyentuh betapa pelrunya ummat Islam pada hari ini kembali kepada perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan mereka.
















Ibadah Korban Surau Al-Hidayah 1431H








Monday 18 October 2010

CERAMAH BULANAN

Sempena dengan ketibaan musim Haji, pihak surau Al-Hidayah akan menganjurkan satu ceramah umum yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 hb Oktober 2010.
Masa : Selepas Solat Maghrib.
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Norhamizie daripada JAIP.

SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

Friday 17 September 2010

Solat Hariraya di Surau Baharu

Setelah usaha gigih yang dilakukan oleh Ajk Surau Al-Hidayah Kg Temin selama dua tahun, alhamdulillah kini tersergam indah sebuah surau serba moden di Kg Temin Hulu, Jerantut Pahang.










Menurut Pengerusi Surau Ustaz Zulhazmi Salleh, surau tersebut yang menjangkau kos RM200,000.00 lebih adalah hasil kutipan derma dan sumbangan dari penduduk dan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan mereka bagi melihat hasrat mendirikan surau berkenaan berjaya.



















Meskipun surau ini masih belum siap sepenuhnya, ia telah digunakan pada penghujung Ramadan yang lalu dan pada solat Hariraya Aidilfitri.





Semoga kewujudan surau yang berhawa dingin ini dapat menarik minat lebih ramai penduduk dan golongan muda untuk berjamaah dan mendengar kuliah agama.